As I have bid farewell earlier, I just wanted to post this matter to be highlighted with the PIBG so that the current scenario will not be repeated.
PIBG Constitution (from the Internet).
4. Tugas Jawatan Kuasa PIBG
- Pengerusi hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menanda tangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatannya.
- Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan kuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal mesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklah menyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan minit-minit yang berkenaan dengannya.
- Bendahari adalah bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan bertanggung jawab diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu haribulan Febuari dan serahkan untuk diodit.
KAEDAH E
Pendapatan
- Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan, dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.
KAEDAH F
Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan
- Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.
- Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama persatuan.
- Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda tangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi dan Setiausaha.
- Tahun kewangan persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember.
- Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu sebelum pesanan pembelian di keluarkan.
KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.
- Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalam mesyuarat agung tahunan.
- Penyata kira-kira yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.
- Satu salinan penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.
KAEDAH H
Koram
- Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada 24 orang ahli (Bilangannya mestilah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa).
- Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa.
Note:
- The facts remains as highlighted by a parent during the meeting and that is the spending of the funds in the beautification did not follow the procedures of the PIBG constitution that was laid out. The quorum was insufficent to decide and approve the spending.
- As I have stated earlier, I will remove all comments from this webpage unless further issues surface.